Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

301  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0295.
Berita dari 'Aisyah r.a., mengatakan: "Diperkatakan orang di dekatku perkara yang membatalkan solat. Kata mereka, yang membatalkan solat ialah anjing, keldai dari wanita. Maka jawab ku, "Anda samakan kami dengan keldai dan anjing? Demi Allah! Sesungguhnya aku melihat Nabi saw. solat, padahal aku sedang berbaring di atas tempat tidur antara beliau dengan kiblat. Tiba-tiba aku mempunyai suatu keperluan; aku malas duduk kerana aku takut Nabi saw. akan terganggu solatnya. kerana itu aku turun perlahan-lahan ke dekat kaki beliau."

302  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0597.
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu malam kami sentiasa menunggu-nunggu Rasulullah saw. hendak solat Isyak. Beliau baru keluar kepada kami setelah berlalu sepertiga malam atau lebih. Kami tidak tahu kesibukan apa yang terjadi dalam keluarga beliau atau mungkin barangkali kerana sebab-sebab lain. Ketika beliau keluar, beliau berkata: "Anda semua menunggu-nunggu waktu solat, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh penganut agama lain selain anda semua. Kalaulah tidak akan memberati bagi umat ku, sungguh-sungguh aku akan solat bersama-sama mereka pada waktu seperti ini." Kemudian beliau perintahkan muadzin supaya adzan, sesudah itu qamat, lalu solat."

303  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0856.
Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Telah terjadi suatu gerhana matahari pada masa hidup Rasulullah saw., lalu beliau pergi ke masjid. Di sana beliau berdiri dan takbir (melakukan solat gerhana). Sedangkan orang banyak berbaris di belakang beliau. Rasulullah saw. membaca bacaan (surah) yang panjang. Kemudian beliau takbir dan rukuk lama-lama. Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal) sambil membaca 'Sami'allahu liman hamidah, Rabbana walakal hamdu..' Lalu beliau berdiri, dan sesudah itu membaca ayat yang panjang-panjang, tetapi tidak sepanjang bacaan yang pertama. Kemudian beliau rukuk pula kembali lama-lama, tetapi tidak selama yang pertama. Kemudian beliau i'tidal sambil membaca "Sami'allahu liman hamidah. Rabbana walakal hamdu," sesudah itu beliau langsung sujud. Kemudian pada rakaat yang lain beliau lakukan pula seperti itu, sehingga jumlahnya empat kali rukuk dan empat kali sujud. Dan matahari telah terang kembali sebelum beliau selesai solat. Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah di hadapan orang banyak. Mula-mula beliau memuji Allah menurut mestinya. Sesudah itu beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti tentang kebesaran Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu apabila kamu melihatnya gerhana, maka segeralah pergi solat. Solatlah sehingga Allah memberi kelapangan (cahaya terang) kembali kepada mu. Sabda beliau selanjutnya, "Aku telah melihat di tempatku ini segala yang dijanjikan Allah kepada mu (mengenai syurga dan neraka). Sehingga aku bermaksud hendak memetik buah-buahan syurga; ketika kamu lihat aku menjangkaukan tangan ke depan. Aku juga melihat neraka jahanam, di mana satu sama lain saling memusnahkan, iaitu ketika kamu lihat aku mundur ke belakang. Dan aku melihat juga di neraka itu Ibnu Luhay, yakni orang yang mula-mula mengadakan Sa-ibah (korban unta untuk berhala).

304  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0576.
Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. jatuh dari kuda dan luka di sebelah kanan. kerana itu kami pergi mengunjungi beliau. Ketika waktu solat tiba, beliau solat sambil duduk, maka kami pun solat pula sambil duduk. Setelah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, maka takbir pulalah kamu. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu. Dan apabila dia mengangkat kepala maka angkat pula kepalamu. Dan apabila dia membaca: Sami'allaahu liman hamidah, maka bacalah: Rabbana wa lakal hamdu."

305  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0375.
Hannad menceritakan kepada kami, Qabishah memberitahukan kepada kami dari Hammad bin Salamah dari Isl bin Sufyan dari Atha' dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw melarang menurunkan pakaian di waktu solat." Dalam bab ini terdapat hadis dari Abi Juhaifah Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah kami tidak mengetahuinya dari hadis Atha' dari Abu Hurairah secara marfu' selain dari hadis Isl bin Sufyan". Para ahli ilmu berbeza pendapat tentang hukum menurunkan pakaian diwaktu solat dan mereka berkata: "Demikian itu perbuatan orang yahudi." Sebahagian mereka berkata: "Menurunkan pakaian di waktu solat dimakruhkan hanya apabila dia tidak memakai pakaian, kecuali satu pakaian, adapun menurunkan pakaian di atas baju maka tidak ada larangan" dari ini pendapat Ahmad. Ibnul Mubarak memakruhkan menurunkan pakaian di waktu solat.

306  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0365.
Dari 'Aisyah La., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. sakit. Kerana itu para sahabat berdatangan menjenguk beliau. Beliau solat sambil duduk, dan para sahabat solat mengikut beliau sambiI berdiri. Lalu Rasulullah memberi isyarat supaya mereka duduk, maka duduklah mereka semuanya. Setelah selesai solat, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikut. Apabila imam' itu rukuk, rukuk pulalah kamu sekalian. Apabila imam itu bangkit, bangkit pulalah kamu. Dan apabila imam itu solat sambil duduk, maka duduk pulalah kamu semuanya."

307  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0595.
Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Wahb bin Jarir memberitahukan kepada kami, Syu'bah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Abu Ishaq dari 'Ashim bin Diamrah dimana ia berkata: "Kami bertanya kepada 'Ali mengenai solat Rasulullah s.a.w. pada siang hari, kemudian ia menjawab: "Kamu tidak akan mampu mengerjakan apa yang beliau kerjakan". Kami bertanya lagi: "Siapa yang akan mampu mengerjakannya di antara kami?" la menjawab: "Apabila matahari dari sini sebagaimana keadaannya dari sini pada waktu asar, beliau solat dua rakaat; apabila matahari dari sini sebagaimana keadaannya dari sini pada waktu zuhur, beliau solat empat rakaat; beliau solat empat rakaat sebelum zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dan empat rakaat sebelum asar dimana beliau memisahkan dengan salam setiap dua rakaat (yang ditujukan) atas para malaikat yang dekat (dengan Allah), para Nabi, Rasul dan orang-orang mukmin dan muslim yang mengikuti mereka."

308  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3091.
aksudnya :"Qutaibah menceritakan kepada kami, Al Laits memberitahukan kepada kami dari Abdullah bin Ubaidillah bin Abu Mulaikhak dari Ya'la bin Mamlak, bahawa ia bertanya pada Ummi Salamah isteri Nabi SAW. tentang bacaan dan solat Nabi SAW. Ummi Salamah berkata; "Untuk apa kamu ingin mengetahui sembahyangnya ?(Kamu tak mampu melakukannya) beliau solat kemudian tidur sekadar waktu sembahyangnya, kemudian beliau solat lagi sekadar waktu tidur, kemudian tidur sekadar waktu solat sampai Subuh" Kemudian Ummi Salamah menyifati bacaan Nabi; maka bacaan beliau adalah jelas (pelan) huruf demi huruf".Hadis ini hasan sahih gharib, saya tidak mengetahui hadis ini. kecuali dari hadisnya Laits bin Saad dari Ibnu Abu Mulaikah dari Ya'la bin Mamlak dari Ummi Salamah. Ibpu Juraij meriwayatkan hadis ini dari Ibou Abi Mulaikah dari Ummi Salamah :"Bahwasanya Nabi SAW. memutus-mutus bacaannya". Hadisnya Laits lebih sahih.

309  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0397.
Qutaibah dan Muhammad bin Al-Mutsanna menceritakan kepada kami, mereka berkata: "Muhammad bin Ja'far memberitahu kepada kami dari Syu'bah dari Amr bin Murrah dari Ibnu Abi Laila dari Al-Bara' bin Azib bahawa Rasulullah saw membaca doa qunut diwaktu solat Subuh dan Maghrib. Dalam bab ini terdapat hadis Ali, Anas, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Khufaf bin Aima bin Rahadhah Al Ghifari. Abu Isa berkata: "Hadis Al Bara' adalah hasan sahih." Para ahli ilmu berbeza pendapat tentang doa qunut, di waktu solat Subuh lalu sebahagian ahli ilmu dari para sahabat Rasulullah saw dan lainnya. Boleh membaca doa qunut di waktu solat Subuh dan ini adalah pendapat Asy Syafi'i. Ahmad dan Ishaq berkata: "Tidak boleh membaca doa qunut di waktu solat Subuh kecuali ketika terjadi bahaya menimpa kaum muslimin apabila bahaya terjadi maka imam boleh berdoa bagi tentera kaum muslimin."

310  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0398.
Berita dari Abu Qatadah r.a. yang diterimanya dari Nabi saw.; sabdanya: "Ketika aku berdiri hendak solat, aku bermaksud hendak memanjangkan solat ku itu. Tetapi tiba-tiba terdengar olehku tangis bayi, maka ku ringkaskan solat itu, kerana aku tak ingin menyusahkan ibunya (yang ikut solat waktu itu)."